sEru…seRu…SerU…

Dendam dan cinta

Posted by: sEru...seRu... on: October 24, 2007

“Assalamualaikum?”
Suara itu menyapa kelas tingkatan dua Dedikasi. Aku melihat seseorang sedang berdiri di depan pintu. Seperti pernah ku lihat dia sebelum ini tapi aku tak tahu dimana. Senyuman manisnya terukir dibibir, seorang pelajar baru disekolah ini rupanya.
“Nama saya Hervillah Emh… tumpang tanya, kelas dua SPN Amanah dimana?” aku bingkas bangun dan menuju kearah pelajar perempuan baru itu, tapi belum sempat aku menjawab soalannya salah seorang pelajar lelaki telah pun mnejawab soalan pelajar baru itu.
“huuuuuuuuhhhhhhhh!!!!!!! Ryan, sungguh pantas kamu ya” sergah seorang pelajar lelaki berasal dari Indonesia. Ryan tersipu-sipu malu tapi bila ditatapnya mataku yang merenung tajam kearahnya Ryan tertunduk gugup. Aku sendiri tak tahu kenapa. Tapi menurut dari teman-teman rapatku Ryan juga meminati aku semenjak dari tingkatan satu Mulia lagi.

Aku masih tak tahu mengenal perasaan seorang lelaki ketika itu kerana masih terlalu muda sehinggalah suatu ketika di pertandingan game basketball.
“Roy… ?” sapa seorang lelaki terkenal disekolah itu, terkenal kerana dia adalah pelajar cemerlang pada tahun ini dan sebelum ini .
“Ada apa Maqdi? kau ni sebok ja” dalam loghat bahasa Sabahnya dia menjawab panggilan lelaki handsome itu.
“Marilah join kami ikut pertandingan bola keranjang petangni? kami tidak
cukup orang bertanding nanti..”
Maqdi memujuk pelajar lelaki tingkatan tiga SPN Bersih iaitu kelas Top Ten sekolah ini.
“Oklah….” Roy menjawab sambil menjeling kearahku, mata kami saling bertentangan saat ini, aku jadi kaget sebentar. Saat itu terasa ada sesuatu yang meracuni hati dan perasaanku. Bermula dari hari itu aku semakin teringin melihat muka slamber itu lagi. Bila saja aku melihat wajah jejaka itu aku jadi tenang dan penuh semangat. Aku jadi angau setelah peristiwa itu, mungkinkah dia cinta pertamaku? ataupun cinta monyet saja? aku sendiripun masih tercari-cari jawapan sehinggalah tingkatan empat dan tika itu juga aku berada di kelas empat ikhtisas Amanah. Dia akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini. Aku setia menanti dia selama tiga tahun. Aku tidak punya perasaan untuk menduakan perasaan ini. Walaupun dia tahu aku mencintai dia dari teman-temanku namun tiada apa pun reaksinya. Sungguhpun terkilan tapi aku masih mampu tersenyum.

“Ryan, Fifie tak pernah tahu isi hati kamu walau dah empat tahun berlalu,
sekarangni kamu berlainan kelas, takkan kau tidak mau bagitau dia tentang perasaan hati kau?” Sylveria adalah temanku, teman baik ku. Segala rahsia kucurahkan padanya.
“Tapi Beria, kau pun taukan si Fifie tengah angau dengan c Roy”
“Ryan kau ni bodohlah, cubalah bagitau dia” Sylveria masih lagi mendesak Ryan untuk memberitahu aku tentang perasaannya.

Setelah beberapa hari aku peroleh surat layang dari Ryan mengatakan sejauh mana hatinya terhadapku. Aku tak tahu apa yang harusku jawab. Tanpa memikirkan tentang Lelaki bernama Roy, aku menerima Ryan sebagai teman lelakiku, walau hatiku sedikitpun tiada padanya.
Beberapa hari sebelum cuti Akhir tahun Stephany telah membuat rancangan untuk bermalam di Hots Pring Poring, Air terjun dan Air panas di bawah gunung Kinabalu di Sabah. Aku tak dapat pergi kerana aku tiada mood kesana.
Hari isnin pun tiba, aku terkejut kerana Farizah memberitahuku bahawa Suriana nak jumpa aku di surau waktu tukar pakaian Pendidikan Jasmani kejap lagi. Jam menunjukkan jam 0900 Hrs, Suriana menegur aku dan bertanya,
“Fie kau dengan Ryan baru break ka?” dengan muka gembiranya bertemu denganku lantas menanyakan soalan yang membuatkan aku meluat sekali.
“Aiks! sorrylah aku tak pernah pun couple dengan si Ryan, lagipun kalau ada pun eloklah tu kamu couple pula, lagipun sepadan, dah sama-sama suka nak buat apa lagi, kan?” Sedangkan akuni tegah geram sangat dengan si Ryan penjahat tu. Beginilah lelaki pertama yang buat aku meluat sekali dan menyebabkan aku menambahkan lagi benciku terhadap lelaki.

Tika aku sedang duduk bercerita dengan kawan sekelasku di tempat duduk masing-masing , Farizah telah memberitahuku kehadiran Ryan di depan pintu dengan dahi berflaster. Bencinya aku melihat dia bila teringat cerita Stephany,
“Fie, kau tak tau lagi si Ryan dengan si Ana mandi dalam tab air panas yang sama, jalan beriringan duduk berdua-duaan seperti pasangan ideal”

Kata-kata steph masih lagi jelas kedengaran ditelingaku. Aku keluar bertemu dengan Ryan penjahat di depan pintu, tika itu juga aku memutuskan untuk meninggalkan dia walaupun dia merayu untuk tidak ditinggalkan tapi aku… aku tidak peduli rayuan lelaki itu. Aku biarkan dia berdiri ditepi pintu. Aku benci melihat muka itu lagi.

Minggu terakhir disekolah Steph sekali lagi mengajak aku pergi ke poring bersama kawan-kawan lain juga bersama perempuan dan lelaki jahat itu. tapi ada seorang yang aku rasa pernah ketemu tika seorang lelaki ingin memberi surat buat anak buahku Fiza. Malangnya lelaki itu samseng sekolah dan selalu buat hal. Aku jadi posmen antara anak buahku dan Weldy, malah Hendry pula posmen Weldy. Dahlahtu aku benci lelaki bertindik telinga dan baju tak masuk dalam seluar, langsung tak kemas pada mata pandanganku.

Tapi aku tak tahu mengapa aku sering teringat muka lelaki itu semenjak akhir-akhir ini. Hari tersebut pun tiba, aku pergi untuk berbaik semula dengan Ryan tapi nampaknya lelaki bernama Hendry itu pula sering mengekoriku kemana sahaja. Sewaktu menaiki van, Ana datang dengan keadaan tak senonohnya. Dia kata, dia takkan pergi jika aku juga pergi dan Ryan juga takkan pergi kerana dia takkan pergi sama. Hendry memarahinya kerana bercakap kurang sopan terhadapku, sedangkan aku seorang yang lembut dan pendiam.

Hendry meminta maaf tentang kejadian tadi, Hendry menceritakan padaku bahawa dia juga nak bawa teman wanitanya bersama untuk berbincang tapi sudah sejam kami menunggu tapi dia tak datang juga. Rupanya pelajar baru tiga tahun lepas rupanya teman wanita Hendry. Nampaknya kami punya masalah yang sama.

Kami pun tiba di destinasi, Hendry atau nama panggilannya “T” menolong aku mengangkat barang-barang ke sebuah rumah yang telah disewakan untuk semalam. Kami terpaksa tidur sebilik dalam tiga katil bertingkat dan kesemuanya ada sembilan katil.

Perempuan dan lelaki berasingan katil. Malam itu Hendry kelihatan pelik sekali, seolah-olah ada yang hendak dibicarakan padaku. Dia mengajakku berjalan-jalan menikmati cahaya lampu yang cantik di Taman. Saat itu aku terdengar dia memberitahuku sesuatu dalam keadaan berbisik.

“Fie, aku rasa ada yang perlu kita bincangkan bersama, tolong aku buat Hervilla cemburu dan aku akan tolong kau buat Ryan cemburu?” T kelihatan sayu, aku tak boleh menjadi teman wanitanya sementara kerana aku tahu aku memang tak boleh.

“Sebaiknya jangan, T. Aku memang tak suka dan cintakan Ryan, aku cuma benci lelaki macam dia” aku menepis permintaannya.

Wajahnya kelihatan murung, lantas dia mengakui sesuatu yang tak ku tahu maksudnya.
“Fie aku rindukan kau semenjak pertama kali kita berjumpa sewaktu aku menyampaikan surat si weldy untuk si Fiza, tapi aku taknak kehilangan Hervilla”

Walaupun ku tahu dia juga merasa terseksa tapi aku masih berfikir dan entah bila mulutku ini mengatakan ia.
“Baiklah, aku setuju tapi dengan syarat selepas ini kita putus k?”
” Baiklah” saat itu aku bergelar teman wanita sah untuk sementara bersamanya. Tapi pelik, dia terlalu take care dengan diriku sehinggakan aku rasa terlalu sukar untukku tinggalkan di, tapi aku harus juga pergi dari hidupnya.

Selepas cuti seminggu, namaku dan dia tersebarlah sebagai pasangan kekasih. Aku pun tak tahu siapa jejaka yang telah memberikan aku bunga sewaktu hari Valentine days dan hari cemerlang. Aku masih tak tahu siapakah gerangan jejaka itu.

Setelah seminggu berlalu aku meminta izin untuk memutuskan saja perhubungan kami tapi Hendry tak nak putuskan kerana dia sudah tidak boleh tinggalakan aku. Dia sanggup kehilangan Hervilla daripada diriku ini. Aku juga tak ingin kerana ada cinta di hatiku walaupun mungkin cuma sedikit sahaja.

Sikapnya masih sama, suka sangat menolong kawan-kawannya yang buat hal sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku. Aku menjadi takut kerana ada lelaki yang tak puas hati aku menjadi kekasihnya. Aku bukannya perempuan yang cantik seperti Melissa yang sering digilai ramai. Aku bukannya Madonna yang punya senyuman bisa memikat setiap hati lelaki dan aku bukannya Princes Diana yang kaya raya. Tapi kenapa aku harus didatangi bayang-bayang lelaki jahat.

Setelah selesai tingkatan lima, aku telah di panggil untuk menjalani Latihan Khidmat Negara dibawah pimpinan tentera darat Malaysia, selama tiga bulan sahaja. dalam sebulan aku berada di kem tentera aku telah meninggalkan Hendry. Macam-macam cerita telah ku dengar dari kawan-kawan yang turut mengenali sikapnya. Mengapa dia harus abaikan aku dan meniduri wanita lain? Sedangkan aku setia separuh mati, patutpun sewaktu di terminal berlepas ke kem, dia tidak dapat datang menghantarku pergi kerana dia berada di rumah teman wanita barunya. Bayangkan apa perasaanku saat itu. Yang ku tahu perempuan itu adalah sahabat ku sendiri, Tini telah mengabaikan aku sebagai sahabat karibnya.

Bermula dari saat itu aku telah menanamkan hasrat untuk membenci lelaki dan membalas dendam terhadap mana-mana pun lelaki yang akan masuk ke perangkapku. Setelah tamat Latihan Khidmat Negara, aKu telah dipanggil untuk temuduga jururawat dan Polis. Tiga bulan kemudian terdapat dua surat tawaran telah lulus diterima kerja kerajaan. Tapi aku memilih kerja Polis kerana aku pernah berjanji andai kata aku ditinggalakan Hendry akau akan Menjadi seseorang yang menegakkan keadilan dan aku andaikan dia sebagai penjenayah yang dikehendaki untuk menanggung segala deritaku.

Jejaka pertama menjadi mangsa ialah Rozy, Kasihannya lelaki malang itu, ku tinggalkan tatkla cintanya melambung tinggi ke awan luas. Hanya senyuman mampu ku ukir. Setelah selesai latihan enam bulan di PULAPOL Jalan Semarak Kuala Lumpur, aku ditempatkan di Negeri Pahang Darul Makmur. Aku bertugas di Cawangan Jenayah iaitu di bahagian, pencegahan maksiat pelacuran, perjudian dan gangsterisme.

Awal seminggu aku bertugas, aku telah menjadi anak buah kesayangan Pegawai Turus D7. Aku mula bermain Cupid iaitu SMS bersama jejaka melalui Handphone. Suatu hari aku telah berSMS dengan seorang lelaki berasal dari Sabah, aku memarahinya dan bertekak melalui pesanan ringkas. Rupanya di pun berkerja sama sepertiku. Aku tidak menghantar SMS selama tiga hari kerana Handset ku meragam.

Hari ketiga, aku menghantar SMS minta maaf kerana tidak memberitahunya tentang masalah itu. kami masih berhubung selama sebulan, saat itu aku telah lupa tentang dendam dan benci. ada sesuatu telah menggangguku.Adakah ini adalah cinta?

Sesuatu yang ku tak pernah rasa dulu, sesuatu yang tenang dan indah. Aku masih bersamanya selama lima bulan tanpa pernah bertemu dan hanya melalui gambar sebagai permulaan perkenalan. Cinta kami bermula dari bicara dan suara hati.

Hari raya puasa pun bermula, raya pertama aku bertelingkah dengannya akibat perasaan cemburu yang teramat sanagat. Airmataku gugur lagi, hubungan kami putus begitu saja. Tapi sms ku tak pernah lekang. Aku tahu dia juga sedih tapi ego menelan segalanya.

Tanggal 20 November 2006, dia datang ke Kuantan pahang, demi untuk melihat aku dengan lebih dekat lagi. Bila kulihat dia pertama kali hatiku mula berdebar tak tenteram. Kami cuma ada masa untuk makan bersama kerana dia perlu balik ke Kuala Lumpur segera. Setelah menghantarnya ke terminal, dia menghantar sms lagi.

“Kueh Raya mama bagi untuk Fifie jangan lupa makan tau”
Saat itu aku terharu, tiada lelaki sebaik dia sehingga sanggup memberitahu ibunya tentang diriku ini. Sedangkan aku bertujuan untuk menyakiti hatinya dan membuatkan dia menderita. Aku melupakan niat untuk berbuat demikian dengan insan baik ini.
21November 2006 aku telah berbaik semula dengan dia. Itupun dia ingin aku kembali kesisinya sebagai teman wanita sah.

Sudah setahun lebih usia perhubungan kami dan buat masa ini tiada apa yang tidak boleh dibawa bincang bersama.

Dendam dan cinta adalah sesuatu yang jauh berbeza, cinta boleh memadamkan segala dendam dan benci yang terbuku dihati apabila kita bertemu dengan cinta sejati. Semoga hubungan ini akan tersu maju dan di restui Allah Yang Maha Esa. Amin.

Leave a Reply

Categories

Top Clicks

  • None

 

October 2007
M T W T F S S
« Sep   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Amazon